• Home
  • Pengenalan SRS
  • Ahli SRS
  • Galeri
  • Apa itu Sahabat Rakan Siswa..?

    Tuesday, January 11, 2011
    Perkhidmatan kaunseling oleh Sahabat Rakan Siswa di  Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bermatlamatkan untuk melahirkan graduan yang berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkepimpinan, berinovasi dan berkeupayaan membentuk kesihatan mental, pertumbuhan diri dan hubungan yang positif dikalangan siswa-siswi. Unit Kaunseling menawarkan perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar selaras dengan kehendak keperluan negara.Sehubungan dengan itu, di bawah kelolaan Unit Kaunseling KIPSAS,Sahabat Rakan Siswa (SRS) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar KIPSAS yang memerlukan khidmat bimbingan,nasihat dan kaunseling.


      JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

      Jenis perkhidmatan yang dijalankan Sahabat Rakan Siswa di bawah Unit Kaunseling ialah:
      • Perkhidmatan kaunseling Individu
      • Perkhidmatan Kaunseling Kelompok
      • Perkhidmatan Kaunseling kerjaya
      • Penasihatan dan Bimbingan

      0 comments:

      Post a Comment