• Home
  • Pengenalan SRS
  • Ahli SRS
  • Galeri
  • Saturday, January 29, 2011

    "OBJEKTIF"

    *- Bersama bersatu mencari penyelesaian masalah.
    *- Membimbing Siswa ke arah yang lebih positif .
    *- Berkongsi idea dalam mencapai matlamat dalam apa jua aspek.
    *- Melahirkan siswa yang berkeyakinan tinggi.

    "VISI" 

    *- Melahirkan siswa yang berkeyakinan tinggi
    *- Membentuk minda positif berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah 
    *- Membina pemikiran siswa siswi berpandangan jauh

    "MOTTO"

    One For All, All For One

    Apa itu Sahabat Rakan Siswa..?

    Tuesday, January 11, 2011
    Perkhidmatan kaunseling oleh Sahabat Rakan Siswa di  Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bermatlamatkan untuk melahirkan graduan yang berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkepimpinan, berinovasi dan berkeupayaan membentuk kesihatan mental, pertumbuhan diri dan hubungan yang positif dikalangan siswa-siswi. Unit Kaunseling menawarkan perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar selaras dengan kehendak keperluan negara.Sehubungan dengan itu, di bawah kelolaan Unit Kaunseling KIPSAS,Sahabat Rakan Siswa (SRS) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar KIPSAS yang memerlukan khidmat bimbingan,nasihat dan kaunseling.


      JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

      Jenis perkhidmatan yang dijalankan Sahabat Rakan Siswa di bawah Unit Kaunseling ialah:
      • Perkhidmatan kaunseling Individu
      • Perkhidmatan Kaunseling Kelompok
      • Perkhidmatan Kaunseling kerjaya
      • Penasihatan dan Bimbingan